Buih Maut

images

Pernahkah anda melihat air kencing anda mengandungi buih yang banyak?

Tahukah pula anda mengapa munculnya buih tersebut di dalam air kencing anda? Jika anda menganggap ianya adalah perkara biasa, anda telah melakukan kesilapan.

.

Apabila air kencing anda berbuih, itu menunjukkan buah pinggang anda telah mula rosak. Mengapa saya katakan demikian?

.

Tahukah anda bahawa munculnya buih yang banyak tersebut menunjukkan bahawa air kencing anda mengandungi protein. Inilah suatu gejala yang dikenali sebagai proteinuria.

.

Bagaimana pula wujudnya protein di dalam urin menjadi tanda buah pinggang telah rosak?

kencing+lurus

Soalan yang bagus.

Saya katakan demikian kerana fungsi buah pinggang yang sihat ialah menapis keluar bahan-bahan buangan dari darah. Tetapi protein dan bahan yang diperlukan oleh tubuh akan ditinggalkan di dalam darah.

.

Kebanyakan zat-zat protin tidak sepatutnya melalui penapis buah pinggang. Namun,sebaliknya akan berlaku sekira nya buah pinggang sudah pun rosak.

.

Di mana protein dari dalam darah yang diperlukan oleh tubuh akan bocor dan keluar bersama urin.

Protein yang selalunya dikesan muncul di dalam kandungan urin ialah albumin. Albuminuria adalah istilah yang sering digunakan ketika ujian untuk mengesan kewujudannya di dalam urin.

Jadi selepas ini berwaspadalah dengan kehadiran buih di dalam air kencing anda. Kerana ia mungkin tanda buah pinggang anda sudah mulai rosak.

Walau apa pun anda perlu merujuk kepada doktor buat pemeriksaan awal jika anda dapati sistem di atas mencegah lebih baik dari merawat.

Semoga info ini berguna buat semua.☺

Rahsia Ayat 9

Gambar Hiasan: Pantai panjang, Bengkulu

Exif_JPEG_420

Benteng Pertahanan diri, Keluarga dan Harta Benda : Surah Yasin Ayat Ke 9

Baca ayat ini setiap kali selepas solat, di tiup ditelapak tanggan dan di usap seluruh badan dgn niat untuk benteng pertahanan diri dari segala gangguan. boleh juga dibacakan pada garam kasar atau air dah ditabur atau direnjis sekeliling rumah dengan niat benteng pertahanan diri dan harta benda dari segala gangguan jin mahu pun manusia.

Terjemahan:
Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.(9)

alamgir-masjid

Perlu ditegaskan, ini adalah satu ikhtiar, janganlah meletakkan pergantungan kepada ayat, jaga iktikad anda dan berserahlah hanya kepada Allah SWT semata. Selamat mencuba…

Semoga ini dapat memberikan manfaat untuk kita semua ..

Insya-Allah …